Wednesday 4 January 2012

RENUNGAN BUAT PARA LELAKI

Onani sudah menjadi seperti masalah lazim yang dihadapi lelaki kerana banyak soalan diajukan berkaitan ruangan ini. Berikutan itu saya gabungkan beberapa masalah yang kebanyakannya berkaitan ‘ketagih onani’ untuk renungan bersama.


Sebenarnya, dalam bidang perubatan banyak pertikaian mengenai amalan itu, dengan kebanyakan pakar psikologi berpendapat ia satu cara untuk mengenali diri secara mendalam, terutama mengenai tindak balas perasaan syahwat dan kemuncak rangsangan seksual.




Onani Memberi Kesan Kepada Lelaki
Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan apa perlu dilakukan apabila amalan itu bertukar ketagihan kerana saya menerima banyak soalan daripada mereka yang mengaku ‘penagih onani’.


Masalah itu membabitkan semua peringkat usia dengan sebahagian besarnya remaja dan bujang, tetapi golongan berkahwin turut tidak ketinggalan dengan amalan ini, malah ada yang menyifatkan berasa lebih puas dengan beronani.


Anda boleh bayangkan tekanan yang diberi kepada anggota sulit dan sistem syahwat apabila beronani. Jika anda melakukan onani secara luar biasa seperti rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.


Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.


Selain itu, jika merangsang anggota sulit dengan ganas sehingga mengakibatkan ia sakit dan bengkak, mungkin satu hari nanti anda mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.


Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj wanita.


Berkaitan benih dan kesuburan, ia bukan dalam pengaruh onani. Bagi anda yang sihat dan buah zakar berfungsi dengan baik, ia pasti mampu menghasilkan sperma.


Namun, kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani. Jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang’.


Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda meragut atau mencederakan buah zakar.


Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda menjadi mandul.


Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar dihentikan, kecuali berlaku perkara memudaratkan seperti keradangan buah zakar dan kebengkakan zakar.


Bagaimanapun, sudah terlewat jika tiada cara merawatnya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih. Kalau rasa zakar anda dah layu, jangan pula cuba membeli ubat kuat di pasaran yang tidak tentu hala ya..takut


 Imam as-Shafie dan Imam Malik, apabila ditanya mengenai hukum onani, mereka mengharamkan
perbuatan sedemikian berdasarkan firman Allah Azza waJalla dalam al-Qur'an: Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Maka barangsiapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas.[Maksud surah al-Mu'minun 23 - 5,6,7][1]


Ayat di atas menerangkan bahawa seseorang yang menjaga kehormatan diri hanya akan memperlakukan hubungan seksual bersama isteri-isterinya atau hamba-hambanya yang sudah dinikahi. Hubungan seksual seperti ini adalah suatu perbuatan yang baik, tidak tercela di sisi agama. Akan tetapi jikalau seseorang itu cuba mencari kepuasan seksual dengan cara-cara selain bersama pasangannya yang sah, seperti zina, pelacuran, onani atau persetubuhan dengan haiwan, maka itu dipandang sebagai sesuatu yang melampaui batas, salah lagi berdosa besar di sisi Islam. Demikian ringkas penerangan Imam as-Shafie dan Imam Malik apabila mereka ditanya mengenai hukum onani.


Kenyataan di atas disokongi oleh riwayat berikut: Di Hari Akhirat Tuhan tidak akan melihat golongan-golongan ini lantas terus berfirman: Masuklah kalian ke dalam api neraka bersama-sama mereka yang (berhak) memasukinya. Golongan-golongan tersebut ialah [1] Orang-orang homoseksual, [2] orang yang bersetubuh dengan haiwan, [3] orang yang mengahwini isteri dan juga anak perempuannya pada waktu yang sama dan [4] orang yang kerap melakukan onani, kecuali jikalau mereka semua bertaubat dan memperbetulkan diri sendiri (maka tidak lagi akan dihukum).


Lebih dari itu onani juga hanya berupaya memberikan kepuasan sementara kepada pembuatnya dan ia tidak lain hanya akan menambahkan lagi dorongan untuk melakukan hubungan seksual yang lebih sempurna. Ini adalah kerana manusia telah dicipta oleh Allah Azza waJalla untuk memuaskan kehendak seksual masing-masing dengan pasangan masing-masing dan apabila manusia cuba mencari alternatif lain ia hanya akan menaikkan semangat, tidak pula memuaskannya. Justeru itu onani tidak akan berjaya memuaskan nafsu seksual tetapi hanya akan melahirkan nafsu yang lebih kuat dan mengarah kepada perbuatan yang lebih buruk mudaratnya seperti zina, pelacuran dan sebagainya.


Shah Waliallah Dahlawi menerangkan: Ketika air mani memancut dengan banyak, ia juga mempengaruhi fikiran manusia. Oleh itu orang muda akan mula menaruh perhatian terhadap wanita cantik dan hati mereka mula terpaut kepadanya. Faktor ini juga mempengaruhi alat jantinanya yang sering meminta disetubuhi menyebabkan desakan lebih menekan jiwa dan keinginan untuk melegakan syahwatnya menjadi kenyataan dengan berbagai-bagai aktiviti. Dalam hal ini seorang bujang akan terdorong untuk melakukan zina. Dengan perbuatan tersebut moralnya mulai rosak dan akhirnya dia akan tercebur kepada perbuatan-perbuatan yang lebih merosak. 


Keterangan di atas dapat diumpamakan kepada seseorang yang selalu mengkhayal dirinya memandu kereta Ferari. Lalu di satu hari dia memperoleh peluang untuk memandunya tetapi dihadkan kepada kelajuan maksimum 80 kmsj. Sudah tentu ini hanya memberikan kepuasan sementara lalu menjadi pemankin pula untuk berkehendak memandu kereta tersebut selaju 200 kmsj atau lebih.
Melakukan onani secara kerap juga banyak membawa mudarat kepada kesihatan dan seseorang yang melazimkan diri dengan onani akan menghadapi kesan-kesan kelemahan badan, anggota yang terketar-ketar atau terkaku, penglihatan yang kabur, perasaan berdebar-debar dan kesugulan fikiran yang tidak menentu.  


Kajian perubatan juga membuktikan bahawa kekerapan melakukan onani akan memberi kesan negatif kepada kebolehan seseorang itu menghasilkan sprema sihat dan cukup bilangan dalam jangka masa panjang. Ini akan menghalang kebolehan seseorang itu menghasilkan zuriat-zuriat bersama pasangan hidupnya malah lebih dari itu, menghadapi ketergendalaan seksual dalam umur yang masih muda (mati pucuk).  Melazimkan diri dengan onani juga menjauhkan hakikat seseorang itu daripada tujuan ciptaannya, iaitu sebagai sebaik-baik ciptaan Allah Subhanahu waTa'ala, sebaik-baik makhluk bumi dan sebagai sebaik-baik umat, iaitu umat Islam. Ia menjauhi nilai-nilai moral serta akhlak tinggi yang menjadi unsur utama kemulian umat Islam berbanding dengan yang lain-lain.


Walaubagaimanapun sesetengah ahli fiqh berpendapat bahawa onani dibolehkan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kegentingan syahwat dan dia berkeyakinan bahawa onani dapat meredakan syahwatnya dan dapat pula menghalang dirinya daripada terjerumus ke dalam sesuatu yang lebih besar mudaratnya seperti zina atau pelacuran. Kebolehan ini bukanlah bertujuan menghalalkan perbuatan onani tetapi ia adalah didasarkan kepada kaedah usul fiqh yang menyatakan: Dibolehkan melakukan bahaya yang lebih ringan supaya dapat dihindari bahaya yang lebih berat. Di sini perlu diwarnakan bahawa onani yang dibolehkan dari prinsip di atas hanyalah dalam suasana yang amat menekan, berbeza pula dengan onani yang dilakukan setiap hari atau setiap masa yang terlahir dari perbuatan melihat video-video, majalah-majalah atau angan-angan lucah. Yang pertama dibolehkan atas dasar pertimbangan maslahat agama manakala yang kedua diharamkan atas dasar pertentangan dengan perintah dan nilai-nilai agama.


Tetapi sebelum seseorang itu dengan mudah menceburkan dirinya dalam kebolehan melakukan onani dalam saat-saat keperluan, dia seharusnya mencari alternatif-alternatif lain bagi mengelak dirinya daripada langsung menghampiri perbuatan tersebut. Melazimkan diri dengan berpuasa, atau dengan banyak berzikir mengingati Allah Ta'ala atau dengan mensibukkan diri dengan perkara-perkara kebajikan adalah antara menu sajian yang dicadangkan. Tidak ketinggalan juga ialah doa kepada Allah Subhanahu waTa'ala agar dia terpelihara dari perlakuan atau lintasan hati yang mengarah kepada sedemikian perbuatan, mengingatkan kepada kisah Nabi Yusuf alaihi-salam dalam al-Qur'anul Karim di mana beliau walaupun selaku seorang Nabi Allah, tetap memanjatkan doa kepada Allah Azza waJalla agar terpelihara dari godaan-godaan serta fitnah wanita yang dihadapi di istana tempat kerjanya ketika itu. (Lihat surah Yusuf 12, terutamanya pada ayat 32 dan 33). Sesiapa yang berusaha untuk menjauhkan onani atas dasar taqwa dan iman kepada Allah Subhanahu waTa'ala, nescaya Allah akan mencukupinya. Insya-Allah hidayahNya akan membimbing seseorang itu menjauhi perbuatan onani dan pada waktu yang sama akan digantiNya dengan anugerah kelazatan jiwa dan kepuasan batin yang tidak mungkin tercakup penggambarannya melalui tulisan ini.


Antara kesan – kesan buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:


Cepat marah.
Tidak ada keyakinan diri.
Tidak tegas dan kurang fokus apabila melakukan sesuatu.
Di sebabkan setiap kali anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
Sentiasa sakit – sakit badan.
Hidup dalam angan – angan.
Jauh dari Allah kerana sentiasa mendengar hasutan syaitan.
Tidak ada kemajuan dalam hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
Sentiasa menyendiri dari orang ramai.
Lemah dari segi mental dan fizikal.


Di sinikan saya kongsikan video yang saya rasa dapat pembantu para lelaki yg tengah brgelumang dengan masalah onani nih .


Getting caught with Porn Addiction





Pernah juga seorang lelaki bertanya kepada saya Adakah menonton video lucah menjejaskan otak & kemahiran berfikir saya? Nah saya kongsikan satu video yg harap-harapnya memberi jawapan kepada semua lelaki .


Does Porn Change Your Brain ?


No comments:

Post a Comment