Saturday 31 December 2011

Luahan Hati Isteri

Assalamualaikum semua , hr ni sy akn publishkan satu email yg dhntr kpd sy pd pg td . Ini adalah luahan hati seorang isteri yg sy trima . Slps anda semua membaca kisah ini kita akn bncngkn kesan - kesan ketagihan video lucah & onani di post seterunya .

*identiti  pengirim email terpaksa kami rahsiakan.






Assalaamu’alaikum…


Harap permasalahan ini dpt dipublishkan ke blog anda agar dpt pandangan dan nasihat org lain.


Sedihnya rasa bila dapat tahu suami suka menonton gambar2 dan video lucah! Rahsia ni tbongkar masa 4 bln kahwin, 1st time saya tjumpa dlm hp, kemudian dvd2 melambak tersorok dlm umah, dgn petunjuk ALLAH SWT saya tjumpa benda2 tu.Terkejut sungguh masa tu dan airmata berderai laju!




Disebabkan tgh pregnant, saya cuba elak dari marah2, kawal api kepanasan ni. Saya hya mampu menangis dan mcm2 fikir.Mak bapaknya yg dh lama duk dgn dia xkan bole x tjumpe benda2 tu dan x tahu dark secret anaknya tu.


Yang mbuatkan saya sgt2 tkejut krn, suami seorang yg bole dikatakan bagus agamanya ; selalu solat awal waktu, solat jemaah di surau stp waktu, rajin membaca Al-Quran, hafal bbrp surah alquran, hafal hadith, suka mbaca buku2 agama, pergi ceramah usrah kat surau. Macam mana pula bole tjebak dgn benda2 haram tu????


Suami juga seorg yg agak kuat seks, dan sy sentiasa memenuhi khendaknya tanpa menolak. Siasat punya siasat rupanya sumbernya dari adik dia, adik dialah yg beli dvd2 tu, download dr internet pastu sama2 share dgn abg die! Adik beradik sama je!!!




Dh byk kali sy tjumpa benda2 tu dlm hp, pc, dvd sumenye sy buang.Tapi sy dimarahi dan dikasari pula dsebabkan buang benda2 tu, suami tetap mpertahankan maksiat haram tu dgn mcm dolak dalih dia..katanya nak ‘study teknik’, suka tgk body pompuan (sy sedar body sy x secantik mcm pelakon2 x senonoh tu, tp cukup bsyukur dgn kejadianNYA ini) dan katanya “dosa mbunuh pun ALLAH ampunkan, maksiat mata ni bole btaubat, ALLAH ampunkan jugak”. Nauzubillah..


Benarla dunia akhir zaman ; kita cuba amar makruf nahi mungkar, tp dikritik dan dipersoalkan. Bila sy tanya adakah die x puas dgn saya? dijawabnya tidak, malah sy sentiasa memenuhi khendaknya tanpa menolak wpun tgh sarat hamil.


Kini dah 2 thn kahwin, suami masih x b’ubah..saya nampak dgn mata kepala sdri die dok sedap layan benda2 tu!!! astaghfirullah hal azim. PC ofis, pc sy pun tsimpan benda2 haram tu, game seks pun ade! Skrg ni dh sebulan pc di rumah sy bwak kuar dari umah tu letak di ofis sy.


Saya nasihat, tegur dgn berhemah, lemah lembut, sopan santun (x pernah sikit pun sy bkasar tinggi suara kat die) tarbiyah, send email artikel2 agama…masih x jln. Dlm senyap2 dia download benda2 tu, sume sy dpt kesan walaupun dia cuba menipu.


Alhamdulillah ALLAH gerakkan hati sy dan beri petunjuk.Dah puas sbnrya sy selalu nasihat, tegur dgn baik, solat hajat, doa kpd ALLAH dan terus berdoa.




Minta nasihat kwn2 sekalian apa yg bole sy lakukan agar suami sedar insaf dan tinggalkan tabiat buruknya ni???Minta Tolonglah sya xnak airmata ni sia2 keluar krn memikirkan hal manusia.




Harap semua sahabat yg membaca email ini dpt fahami bahawa ktghn video lucah & onani tidk semestinya terhenti secara automatik slps kt brkahwin . (brdsrkn email td dapatlah kt simpulkan bhwa slh satu kesan menonton video lucah ialah dapat mengucar - kacirkan keharmonian rumah tangga .)

Wednesday 21 December 2011

Tujuan Blog Ini Ditubuhkan ?

Assalamualaikum w.b.t dan tq kerana sudi membaca blog ini . Sebenarnya blog ini ditubuhkan bagi memberi info tentang masalah-masalah lelaki di luar sana . Diharapkan segala info dan perbincangan di dalam blog ini dapat membantu mengatasi masalah yang masih berlegar-legar dalam kepala kebanyakan lelaki-lelaki .  


Pengenalan                                                                                                                                                                           


ONANI & VIDEO LUCAH & ROKOK 

Saya percaya hampir majoriti leleki yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang terbabit atau terlibat dengan aktiviti yang disebut di atas . 

Blog ini merupakan satu wasilah untuk membantu anda yang berada di luar sana yang terjebak dalam gejala tidak bermaruah ini - Gejala Video Lucah , Rokok Dan Onani .
Blog ini ditujukan kepada sebahagian besar golongan manusia di luar sana (terutamanya lelaki muda) yang terlibat dalam masalah ini.

ONANI IALAH perbuatan yang bertujuan untuk merangsang alat sulit untuk merangsang pelaku sehingga berasa nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada pelaku .

MENONTON VIDEO LUCAH IALAH menonton perbuatan seks seseorang bagi memenuhi tuntutan nafsu .

MEROKOK IALAH menghisap silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Sebab-sebab berlaku masalah moral tersebut:

1) Kerana video lucah pada hari ini boleh didapati/diakses secara mudah di mana-mana juga pada bila-bila masa.

2)Tidak mampu mengawal nafsu seks dan keinginan di dalam diri .

3)Terpengaruh dan hanyut dengan persekitaran .

4)Disebabkan sejenis bahan kimia yg di lepaskan yg berada di otak.(kita akan bincangkan          permasalahan ini di post seterusnya)

Jangan tipu diri sendiri.Ramai di antara kita terlibat dalam masalah ini.

Tetapi,tahniah kepada anda kerana anda berani memulakan langkah merubah diri (saya percaya ramai sebenarnya yang ingin berubah).

Itulah yang paling penting dalam proses perubahan.Tetapi,sebenarnya berubah bukan perkara yang senang.Percayalah cakap saya.Kenapa?

Ini kerana apabila diri sudah dikuasai nafsu , betul atau salah tidak dipedulikan lagi.

Saya ingin berkongsi  video yang saya temui tentang isu ini.

Video ini adalah usaha seorang sahabat kita,yang menceritakan tentang masalah Ketagihan serta berkongsikan dengan kita cara-cara mengatasi masalah ini dari sudut pandangan Islam.

Selamat Menonton!

How To Get Willpower To Fight Porn Addiction