Wednesday 21 December 2011

Tujuan Blog Ini Ditubuhkan ?

Assalamualaikum w.b.t dan tq kerana sudi membaca blog ini . Sebenarnya blog ini ditubuhkan bagi memberi info tentang masalah-masalah lelaki di luar sana . Diharapkan segala info dan perbincangan di dalam blog ini dapat membantu mengatasi masalah yang masih berlegar-legar dalam kepala kebanyakan lelaki-lelaki .  


Pengenalan                                                                                                                                                                           


ONANI & VIDEO LUCAH & ROKOK 

Saya percaya hampir majoriti leleki yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur yang terbabit atau terlibat dengan aktiviti yang disebut di atas . 

Blog ini merupakan satu wasilah untuk membantu anda yang berada di luar sana yang terjebak dalam gejala tidak bermaruah ini - Gejala Video Lucah , Rokok Dan Onani .
Blog ini ditujukan kepada sebahagian besar golongan manusia di luar sana (terutamanya lelaki muda) yang terlibat dalam masalah ini.

ONANI IALAH perbuatan yang bertujuan untuk merangsang alat sulit untuk merangsang pelaku sehingga berasa nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral dan boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada pelaku .

MENONTON VIDEO LUCAH IALAH menonton perbuatan seks seseorang bagi memenuhi tuntutan nafsu .

MEROKOK IALAH menghisap silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Sebab-sebab berlaku masalah moral tersebut:

1) Kerana video lucah pada hari ini boleh didapati/diakses secara mudah di mana-mana juga pada bila-bila masa.

2)Tidak mampu mengawal nafsu seks dan keinginan di dalam diri .

3)Terpengaruh dan hanyut dengan persekitaran .

4)Disebabkan sejenis bahan kimia yg di lepaskan yg berada di otak.(kita akan bincangkan          permasalahan ini di post seterusnya)

Jangan tipu diri sendiri.Ramai di antara kita terlibat dalam masalah ini.

Tetapi,tahniah kepada anda kerana anda berani memulakan langkah merubah diri (saya percaya ramai sebenarnya yang ingin berubah).

Itulah yang paling penting dalam proses perubahan.Tetapi,sebenarnya berubah bukan perkara yang senang.Percayalah cakap saya.Kenapa?

Ini kerana apabila diri sudah dikuasai nafsu , betul atau salah tidak dipedulikan lagi.

Saya ingin berkongsi  video yang saya temui tentang isu ini.

Video ini adalah usaha seorang sahabat kita,yang menceritakan tentang masalah Ketagihan serta berkongsikan dengan kita cara-cara mengatasi masalah ini dari sudut pandangan Islam.

Selamat Menonton!

How To Get Willpower To Fight Porn Addiction